Thursday, March 26, 2009

Kajian kes: Kesan Ekspresi Muka pada Pelajar dalam Persekitaran Pendidikan yang sebenar.

Satu eksperimen telah dilakukan oleh sebilangan penyelidik iaitu G. Theonas, D.Hobbs dan D.Rigas, untuk mengkaji keberkesanan ekspresi muka bagi pensyarah kepada hasil pembelajaran pelajar pada persekitaran pendidikan yang sebenar dan satu lagi eksperimen telah dilakukan oleh penyelidik yang sama untuk melihat keberkesanan ekpresi muka, contohnya senyum pada prestasi pelajar. Kedua-dua eksperimen melibatkan kulliah yang sebenar dan pensyarah benar-benar mengajar pelajar. Keputusan kajian menunjukan bahawa prestasi pelajar lebih baik iaitu 86% di dalam kulliah dimana apabila pensyarah mereka menggunakan ekspresi muka ketika mengajar dibandingkan keputusan apabila ia tidak menggunakannya. Namun begitu, apabila maklumat asas digunakan, ekspresi muka yang digunakan oleh pensyarah yang sebenar menunjukkan tiada kesan yang ketara pada hasil pembelajaran pelajar.
Pada kajian yang pertama untuk melihat perhubungan antara ekspresi muka pensyarah dan reaksi pelajar dan juga melihat sama ada ekspresi muka pensyarah membolehkan pelajar dimotivasikan dan berminat dalam kulliah. Dimana di sini penyarah dibahagikan kepada tiga iaitu A, B serta C dan menggunakan ciri-ciri ekspresi muka seperti senyum, pembesaran kening muka secara menyeluruh, pembukaan mata dengan meluas, pengecilan kening muka secara menyeluruh, dan mengerutkan muka, dimana kesemua ciri-ciri ini dilakukan dengan kadar yang berbeza oleh ketika-tiga pensyarah terbabit.
Kesannya adalah pensyarah yang kerap menggunakan ekspresi muka akan menyebabkan pelajarnya lebih bermotivasi untuk mengikuti kulliah dan menunjukan minat yang tinggi terhadap sesuatu kulliah yang dikendalikan oleh penyarah tersebut. Ini kerana, contohnya senyuman pensyarah ketika menanya soalan, akan menggalakkan pelajar untuk berfikir dengan lebih mendalam tentang sesuatu dan juga sebagai medium yang boleh menenangkan serta memotivasikan pelajar. Seterusnya ekspresi muka seperti pembesaran kening muka yang menyeluruh juga kebanyakkan digunakan untuk menanya soalan atau sesuatu yang penting, Oleh itu, ia akan menggalakkan pelajar untuk berfikir dan kadang-kala mengambarkan jangkaan.
Kajian data bagi soal-selidik yang dilengkapkan pelajar juga menunjukkan kesan, dimana ramai pelajar seronak mengikuti pengajaran pensyarah yang menekankan ekspresi muka dan bersetuju bahawa ekpresi muka pensyarah akan meningkatkan perhatian mereka dalam kulliah.
Seterusnya daripada kajian pertama, eksperimen pertama telah dijalankan untuk melihat kesan penggunaan ekpresi muka dan ketiadaan penggunaan ekspresi muka terhadap prestasi pelajar, dimana eksperimen ini dibahagikan kepada empat situasi kulliah iaitu:
• Kulliah1 (kandungan subjek kulliah susah dan diikuti pensyarah dengan ekspresi muka)
• Kulliah2 (Kandungan subjek kulliah susah dan diiikuti pensyarah tampa ekspresi muka)
• Kulliah3 (Kandungan subjek kulliah senang diikuti dengan ekpresi muka)
• Kulliah4 (Kandungan subjek kulliah senang tampa ekspresi muka)
Dalam ekperimen ini pelajar akan menjawab soalan berasaskan bahan yang diajar dalam kulliah dan akhir sekali mereka dikehendaki melengkapkan soal-selidik berasaskan pengalaman menghadiri kulliah tersebut.
Selepas eksperimen, keputusan menunjukkan ekpresi muka pensyarah sangat mempengaruhi dimana markah yang diperolehi oleh pelajar yang mengikuti kulliah yang diikuti oleh pensyarah yang menggunakan ekpresi muka mereka iaitu pelbagai emosi,adalah lebih tinggi berbanding pelajar yang menghadiri kulliah yang diikuti pensyarah yang tidak menggunakan ekspresi muka mereka. Ini kerana pelajar memberi komen bahawa mereka minat dan semangat mereka mengikuti kulliah akan meningkat apabila pensyarah menggunakan ekpresi muka mereka berbanding jika pensyarah tidak menggunakan ekspresi muka mereka. Selain itu, daripada soal-selidik tentang pengalaman mereka menghadiri kulliah, kebanyakkan menyatakan bahawa ekspresi muka pensyarah akan meningkatkan motivasi perhatian mereka pada kulliah dan aktif terlibat dengan proses pembelajaran,
Seterusnya ekperimen kedua pula dijalankan untuk mengkaji kesan perbezaan kadar kekerapan ekspresi muka pensyarah iaitu senyumannya kepada prestasi pelajar. Pada akhir kulliah, tiap-tiap mereka akan menjawab soalan yang berhubung kandungan pembelajaran dalam kulliah dan melengkapkan soal-selidik tentang pengalaman mereka menghadiri kulliah. Dalam eksperimen ini terdapat empat sesi kulliah telah dijalankan dengan kadar kekerapan senyuman pensyarah yang berbeza.
Seterusnya, daripada keputusan eksperimen menunjukan pelajar akan memperoleh markah yang tinggi apabila menghadiri kulliah yang mempunyai kadar kekerapan senyuman pensyarah yang tinggi manakala memperoleh markah yang rendah apabila menghadiri kulliah yang mempunyai pensyarah yang memiliki kadar kekerapan senyuman yang rendah. Oleh itu, rumusannya disini adalah pelajar bersetuju bahawa ekspresi muka pensyarah sangat penting dalam memotivasikan mereka dan menarik minat mereka menghadiri kulliah. Namun begitu dapat dilihat bahawa semakin banyak ekpresi muka yang digunakan oleh pensyarah maka semakin banyak minat serta pengalaman yang realistic yang dirasai oleh pelajar.
Dalam itu, daripada soal-selidik yang dilakukan menunjukan memberi komen bahawa kekerapan senyuman pensyarah dalam sesi kulliah akan mendorong mereka memberi perhatian pada kulliah dan meningkatkan minat belajar mereka yang secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.
Kesimpulannya ialah jelas menunjukan bahawa ekpresi muka yang banyak dilakukan oleh pensyarah akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar serta memberi kesan positif pada hasil pembelajaran akibat daripada semangat pelajar tersebut terhadap kulliah. Oleh itu, minat dan motivasi pelajar adalah secara langsung berhubung dengan ekspresi muka pensyarah. Penyataan Ini di sokong dengan beberapa cara seperti
• Markah- dimana skor yang tinggi ditunjukkan dalam kulliah oleh pelajar yang menghadiri kulliah yang mempunyai pensyarah ada memiliki ekpresi muka yang dibandingkan dengan yang sebaliknya.
• Soal-selidik- semua pelajar menyatakan bahawa ekpresi muka pensyarah akan menarik minat dan penglibatan mereka dalam kulliah.
• Pemerhatian-kebanyakan pelajar dilihat lebih memberi perhatian semasa kulliah apabila hadirnya ekpresi muka oleh pensyarah.
Secara rumusannya, ekspresi muka oleh pensyarah adalah sebagai satu kompenen medium perantaraan dalam komunikasi bukan lisan yang sangat penting dalam menyampaikan mesej kepada pelajar dan meningkatkan prestasi pelajar itu sendiri dalam pelajaran.

No comments:

Post a Comment