Thursday, March 26, 2009

Pengaruh Keadaan dan Budaya

Keadaan
Ekspresi muka yang sama akan ditafsir secara berbeza jika seseorang itu diberi atau mempamerkannya dalam keadaan yang berbeza. Sebagai contohnya, dalam satu kajian, apabila muka seseorang itu menunjukkan emosi yang ceria kepada seorang individu yang lain yang sedang mempamerkan muka yang monyok atau suram, orang yang mempamerkan muka ceria itu akan dinilai sebagai jahat atau kejam dan mengejek mereka. Walaubagaimanapun, apabila seseorang itu menunjukkan ekspresi muka yang ceria kepada seseorang yang mempamerkan reaksi mengerut dahi, mereka akan dinilai sebagai peramah dan suka berkawan(Cline, 1956).

Budaya
Variasi yang pelbagai dalam komunikasi muka yang dapat kita lihat dalam budaya berbeza adalah reflek kepada reaksi yang dibenarkan oleh masyarakat mereka, berbanding dengan perbezaan dalam cara mengekspresikan emosi melalui muka.
Sebagai contohnya ialah satu kajian tentang seorang pelajar Jepun dan Amerika menonton sebuah filem tentang pembedahan. Melalui rakaman video yang di buat secara rahsia, apabila berada berseorangan dalam bilik terbabit mereka menunjukkan reaksi yang hampir sama tetapi apabila berada bersama orang lain mereka menunjukkan reaksi yang berbeza dan agak terkawal berbanding ketika berada berseorangan. Wanita Jepun pula dianggap tidak sesuai untuk senyum secara terang-terangan dan mereka akan sembunyikan senyuman mereka dengan tangan. Tetapi sebaliknya kepada wanita di Amerika yang mana mereka lebih terbuka dan secara terang-terangan menunjukkan senyuman mereka kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment